Polis buru pemandu lawan arus di persimpangan lampu isyarat Pending

Gambar Polis Kuching

KUCHING-- Polis kini giat memburu pemandu kereta Proton Wira yang memandu melawan arus di persimpangan lampu isyarat Pending berhampiran Klinik Kesihatan Tanah Putih yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah mengesahkan telah menerima satu laporan berkenaan satu hantaran yang tular di Facebook yang memaparkan perbuatan memandu secara melawan arus berkenaan.

Jelasnya, perbuatan itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

"Polis sedang mengesan pemandu dan pemilik kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahsmon memberitahu, sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Angelina Henry Winner di talian 013-5670223.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan dengan cara yang merbahaya kepada orang awam.
Next Post Previous Post