PGA gagalkan cubaan seludup 541 ekor burung murai batu

Gambar hiasan

KOTA BHARU— Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 541 ekor burung murai batu bernilai kira-kira RM571,500 secara haram ke dalam negara, semalam.


Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, DSP K.Ramesh berkata dalam Op Wawasan pada 4 petang itu, sepasukan anggota 'Strike Force' mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Jubakar, Tumpat.


Beliau berkata pemeriksaan keatas kenderaan itu membawa kepada penemuan 32 bakul plastik yang mengandungi 541 burung murai batu, dipercayai cuba diseludup dari negara Thailand.


“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM571,500," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ramesh berkata pihaknya kemudian menahan pemandu kereta berumur 28 tahun dari Grik, Perak itu, manakala kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk disiasat di bawah Seksyen 60 (1)(a) Akta Perhilitan 1972.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post