Perodua Myvi musnah terbakar, tiada kemalangan jiwa

Bomba sedang memadamkan kebakaran kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Pelabuhan, malam tadi. Gambar Ihsan Bomba 


KUCHING—Sebuah kereta Perodua Myvi dilaporkan terbakar sepenuhnya dalam satu kejadian yang berlaku di kawasan Jalan Pelabuhan di sini malam tadi.


Bertindak atas laporan diterima Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba pada jam 7.22 malam, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerah ke lokasi kejadian.



Sejurus tiba, Komander Operasi, PBK II Kamri Bujang mengesahkan kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbakar sepenuhnya.


"Pasukan Bomba seterusnya menggunakan dua saluran salur bantu mula dalam usaha memandam kebakaran berkenaan," kata Jurucakap PGO dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan.


Operasi ditamatkan pada jam 7.48 malam.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.