Penunggang maut motosikal terbabas langgar tiang elektrik
![]() |
Lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas melanggar tiang elektrik lalu terpelanting di Jalan Miri-Bintuu pagi tadi. |
MIRI—Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya terbabas melanggar tiang elektrik lalu terpelanting ke dalam parit di Jalan Miri-BIntulu di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Dash yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun.
“Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi itu, mangsa datang dari arah Sepupok menghala pulang ke rumah di kawasan berhampiran.
Sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai terbabas melanggar tiang elektrik lalu terpelanting. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1941.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.