Kerana duit, anak lempar kepala ayah guna periuk nasi

Suspek (dua kanan) ditahan kerana melempar kepala ayahnya menggunakan periuk nasi.

MIRI— Berang kerana tidak diberi wang yang diminta, seorang lelaki berusia 49 tahun melempar periuk nasi ke arah ayah kandungnya di sebuah rumah di Jalan Riam, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek itu berang selepas mangsa enggan memberikan wang yang dimintanya.

“Susulan laporan yang diterima, polis menahan suspek berusia 49 tahun itu sekitar jam 4 tadi di kediaman mangsa.

Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Next Post Previous Post