Pembukaan satu lorong Jejambat Batu 7 tiada apa yang perlu dibanggakan- Pemuda DAP

Michael Kong


KUCHING-- Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan pengumuman pembukaan satu lorong Jejambat Batu 7, kata Ketua Pemuda DAPSY Kuching Michael Kong. 


Memetik laporan DayakDaily, Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen itu berkata, pembukaan satu lorong jejambat berkenaan sebelum menjelang Hari Gawai Dayak bukanlah sesuatu pencapaian yang perlu dibanggakan. 


"Keseluruhan projek itu seharusnya dijadualkan siap Oktober 2022 tetapi ia tertangguh hingga Jun 2021, April 2022 dan kemudian Jun 2022," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Ahad. 


Sehubungan itu, Michael menggesa kerajaan Sarawak menyiapkan segera projek berkenaan dengan kemudian lain seperti lampu jalan bagi memberi keselesaan dan keselamatan pengguna khasnya penduduk setempat. 


"Kita sedang memasuki bulan Jun, bagi penduduk Batu 7 termasuk saya dan sekitarnya sememangnya mengharapkan jejambat tersebut siap Jun ini," katanya. 


Baru-baru ini, Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mengumumkan satu lorong Jejambat Batu 7 dibuka hujung bulan ini (31 Jun) kepada orang awam bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan berkenaan. 


Dan hari ini Unit Lebuhraya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengumumkan satu lorong jejambat berkenaan telah dibuka untuk orang awam hari ini. 

Next Post Previous Post