-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Pelajar sekolah maut, motosikal bergesel dan dilanggar dua kereta

| Mei 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-15T10:09:41Z
Gambar hiasan

BUTTERWORTH-- Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11.9 Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Sungai Dua di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Radzi Ahmad berkata dalam kemalangan pada 2.35 pagi itu mangsa yang berusia 16 meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kereta ketika dia mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan.

"Kejadian itu menyebabkan remaja lelaki itu terjatuh ke atas jalan sebelum mangsa dilanggar dua buah kereta yang datang dari arah belakang kerana tidak sempat mengelak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya siasatan mendapati remaja yang bersekolah di sebuah sekolah di Seberang Jaya itu tidak mempunyai lesen memandu dan motosikal yang ditunggangnya adalah milik bapanya.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA
×
Berita Terbaru Update