-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Nahas lima rentung: Pemandu treler didakwa Selasa

| Mei 14, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-14T06:40:32Z
Keadaan kereta jenis Honda City yang terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan lima pelajar USAS berhampiran Terowong Menora di Kuala Kangsar, Perak.

IPOH—Kertas siasatan terhadap pemandu treler yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan sehingga mengorbankan lima nyawa di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar, Rabu lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan yang membabitkan pemandu treler berusia 28 tahun itu.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada pagi Selasa dan jika tiada apa-apa masalah, kita akan buat pertuduhan di mahkamah pada sebelah petang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis juga akan memohon lanjutan tempoh reman ke atas lelaki berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media sebelum ini melaporkan pemandu treler yang ditahan reman selama empat hari itu didapati mempunyai 22 saman trafik, dan daripada jumlah itu 21 saman telah dibayar, termasuk lapan saman berkaitan kesalahan memandu dengan laju.

Lima maut akibat rentung dalam kemalangan itu merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang juga rakan serumah.

-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update