Nahas dua kereta berlanggar, dua cedera

Pasukan bomba sedang mengeluarkan mangsa dari kereta sejurus berlaku kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Tun Ahmad Zaidi tengah hari tadi. Gambar BBP Bintulu


BINTULU—Pemandu dan penumpang kereta Perodua Kancil cedera selepas selepas kereta yang dinaiki berlanggar dengan sebuah Perodua Alza di Jalan Tun Ahmad Zaidi sekitar jam 12.27 tengah hari tadi.


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, PgKB II Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, sejurus menerima panggilan berhubung kejadian, pasukan bomba terus bergegas ke lokasi kejadian.


“Setiba di lokasi, anggota membantu pemandu Perodua Kancil yang merupakan seorang lelaki berusia 36 tahun dan seorang lagi penumpang wanita yang tidak diketahui umur dari bahagian kerusi penumpang hadapan kereta.


Pemandu kereta Perodua Kancil mengalami kecederaan ringan manakala penumpang cedera di bahagian kepala dan dada. Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada Unit Ambulans dan dikejarkan ke Hospital Bintulu bagi diberikan rawatan lanjut," jelas Wan.


Manakala pemandu kereta Perodua Alza yang merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun dan tiga orang kanak-kanak dalamnya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Siasatan terperinci akan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengetahui punca sebenar berlaku insiden yang hampir meragut nyawa itu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.