Minta suapan RM80,000: penolong jurutera direman 4 hari
SHAH ALAM—Seorang penolong jurutera di sebuah agensi kerajaan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan berjumlah kira-kira RM80,000.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Lelaki itu dikatakan telah meminta suapan bagi membantu untuk mendapatkan kerja-kerja pembaikan sebuah sekolah di satu daerah di Selangor.
Suspek ditahan oleh sepasukan pegawai SPRM Selangor setelah menerima wang tunai RM10,000 daripada seorang individu lain di sebuah restoran di Bangi kira-kira jam 4 petang semalam.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.