Lelaki melecur rumah terbakar

Bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal setingkat di Jalan Sunggai Bidut malam tadi. Gambar Ihsan Bomba


SIBU—Seorang lelaki berusia 28 tahun melecur di bahagian kaki selepas kediaman setingkat berhampiran SJK Kwong Ming, Jalan Sg Bidut yang didiaminya di sini terbakar malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah telah mengarahkan anggota bersama jentera ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.56 malam.



"Ketua Operasi sampai di tempat kejadian melaporkan kebakaran rumah jenis tidak kekal  setingkat telah musnah sepenuhnya ketika pasukan bomba tiba di lokasi. Anggaran saiz keluasan sebuah rumah yang terjejas, 20' x 40'.


Ketika operasi, penghuni rumah dimaklumkan oleh penduduk telah dihantar ke hospital oleh orang awam" katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, dalam perjalanan ke lokasi, komander operasi memaklumkan jentera FRT tidak dapat masuk kerana laluan akses jentera yang sempit. 


"Pasukan bomba terpaksa berjalan kaki membawa membawa peralatan pemadaman seperti pam dan juga hos untuk memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka.


Operasi tersebut melibatkan sembilan anggota diketuai PBK II Faizal Bujang dan tiga lagi dari Sarawak Energy Berhad.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.