Lelaki Maut, Motosikal Ditunggang Bertembung 4WD

Gambar  PDRM Sibu: Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang remuk selepas bertembung dengan sebuah 4WD dari arah bertentangan di Jalan Lukut Penyulau malam tadi.

SIBU: Seorang penunggang motosikal menemui maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di Jalan Lukut Penyulau pada jam 8.35 malam tadi.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Bingkok John mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Stewart Sigi Undi, 18, disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh  Unit Ambulans Hospital Kanowit akibat mengalami kecederaan parah di bahagian  kepala.


Pemandu 4WD terbabit bagaimanapun katanya tidak mengalami sebarang kecederaan.


Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, mangsa dijalankan sedang bergerak dari arah Jambatan Durin menuju Kanowit.


"Sampai di satu laluan, motosikal yang ditunggangnya dipercayai masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah 4WD," ujar beliau.


Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.