Lelaki ditahan cuba pukul bapa dengan batang besi

Gambar IPD Miri

MIRI — Seorang pemuda warga tempatan dicekup polis petang tadi selepas dipercayai cuba memukul bapa kandungnya menggunakan sebatang besi.

Dalam Kejadian yang berlaku di sebuah rumah Pujut Corner sekitar jam 11 pagi tadi, suspek berusia 22 tahun itu naik minyak selepas permintaannya untuk mendapatkan wang sebanyak RM 20 daripada mangsa ditolak.

Mujur dalam kejadian, pengadu berusia 62 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat melarikan diri.

Suspek ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPS Miri menerusi Ops Kesan/Ops Aidilfitri sekitar jam 3 petang.

Turut dirampas sebtang besi berukuran 1 meter panjang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Next Post Previous Post