KKM siasat kempen saringan darah palsu perdaya warga emas
![]() |
Gambar hiasan kredit unsplash |
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KKM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pihak terbabit.
“Sebarang kempen kalau dikenal pasti palsu, kita mesti siasat segera dan kenakan tindakan sewajarnya. Tindakan undang-undang adalah di bawah bidang kuasa PDRM.
“Kita tidak mahu rakyat terutama golongan warga emas jadi mangsa dan terpedaya dengan kempen seumpama ini,” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022 di Seri Perdana hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan khas sebuah akhbar tempatan tentang kegiatan ejen jualan langsung yang menganjurkan kempen saringan darah di Lembah Klang bagi memperdaya golongan warga emas untuk membeli produk makanan kesihatan tambahan keluaran syarikat terbabit.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.