Juara Eropah, Real Madrid tundukkan Liverpool 1-0

Gambar kredit Fb Real Madrid C.F


ISTANBUL-- Real Madrid menundukkan Liverpool 1-0 untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah 2022 dalam perlawanan yang berlangsung di Stade de France di Saint-Denis pada Sabtu.


Pada minit ke-15 rembatan kaki kanan Mohamed Salah berjaya ditepis penjaga gol Real Madrid,Thibaut Courtois, lapor Anadolu.


Thibaut Courtois sekali lagi beraksi cemerlang apabila berjaya menepis sepakan Sadio Mane.


Meskipun Liverpool dilihat menguasai perlawanan pada separuh pertama perlawanan, pasukan itu gagal memecah kebuntuan.


Jaringan Karim Benzema dari kawasan penalti pada minit ke-44 dibatalkan selepas ofsaid.


Pada minit ke-59, Vinicius Junior menjaringkan gol kemenangan Real Madrid membolehkan kelab bola sepak Sepanyol itu menjuarai kejohanan untuk kali ke-14.


Real Madrid telah memenangi gelaran itu pada 1956, 1957, 1958, 1959, 1960, 1966, 1998, 2000, 2002, 2014, 2016, 2017 dan 2018.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post