Honda City terbalik, pemandu maut dalam kemalangan kendiri
KUCHING: Seorang lelaki maut selepas kenderaan Honda City yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri sebelum terbalik di Taman Rohaya Taman Sumber Alam Santuary Jalan Sultan Tengah di sini, pagi tadi.
Insiden kira-kira jam 8.30 pagi itu, mengakibatkan mangsa tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 pagi.
"Setibanya di lokasi pasukan mendapati sebuah kenderaan jenis Honda City terbalik dan mangsa masih berada di bahagian tempat duduk memandu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut PGO, setelah berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap, mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Operasi diketuai PBK II Pero ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.05 pagi.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.