Harga petrol RON97 naik dua sen kepada RM4.33 seliter


KUALA LUMPUR— Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM4.31 seliter kepada RM4.33 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu sehingga 25 Mei.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, petrol RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel RM2.15, meskipun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Harga baharu itu adalah berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-- BERNAMA 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.