-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Dua gelandangan hampir rentung, rumah kosong terbakar

| Mei 17, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-17T15:00:22Z
Kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kosong di Kampung Bandarasah, Jalan Haji Taha petang tadi.

KUCHING—Dua gelandangan yang menumpang berteduh di sebuah rumah kosong di alamat No 141 Kampung Bandarasah, Jalan Haji Taha nyaris rentung apabila rumah tersebut dilaporkan terbakar sekitar jam 6.20 petang tadi.

Ketua Balai Bomba Padungan, TPgB Tan Min Chai berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.22 petang.

Katanya, seramai 11 anggota diketuai oleh PBK II Abdul Aziz daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikerahkan ke lokasi bagi melakukan tugasan pemadaman kebakaran.


"Sejurus tiba, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis struktur tidak kekal telah terbakar sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tan Min Chai, keluasan rumah dianggarkan 40 X 60 kaki, dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 6:41 petang.

Mengulas lanjut katanya, kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong dan tiada penghuni sebenar tetapi dihuni oleh dua orang gelandangan dan mereka dilaporkan selamat.

"Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa serta kerja-kerja pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 7.35 malam," katanya.
×
Berita Terbaru Update