Cuti Hari Pekerja dibawa kepada Rabu - PM


KUALA LUMPUR—Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada hari Rabu, 4 Mei selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri yang jatuh pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata ia adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).

Beliau berkata gantian cuti Hari Pekerja secara automatik tidak terpakai untuk negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada Ahad kerana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri berkenaan.

“Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti,” katanya.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Isnin (2 Mei).

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.