-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Cuaca panas melampau di India, ratusan burung jatuh dari langit

| Mei 23, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-23T11:03:55Z
India mengalami gelombang haba paling tinggi pernah direkodkan dalam tempoh 122 tahun. Gambar hiasan kredit Unsplash

NEW DELHI—Gelombang haba melampau yang melanda India sejak beberapa minggu lalu turut menjejaskan populasi burung menyaksikan di kebanyakan tempat burung ‘jatuh’ ke tanah akibat "keletihan dan strok haba."


Sejak awal musim panas melanda pada Mac, beberapa kawasan di India mengalami gelombang haba melampau dengan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius di beberapa tempat di New Delhi dan Uttar Pradesh.


Jabatan Meteorologi India (IMD) baru-baru ini memaklumkan suhu yang dicatatkan pada Mac itu adalah yang paling tinggi pernah direkodkan dalam tempoh 122 tahun.


Petugas kanan di hospital haiwan Jivdaya Charitable Trust di Gujarat, Sanjay Patel memberitahu Agensi Anadolu berlaku peningkatan mendadak untuk menyelamatkan burung. 


Jumlah itu meningkat kepada 90-100 ekor setiap hari berbanding 25-30 ekor sebelum ini. 


Suhu di kebanyakan kawasan kekal melebihi 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit).


Keadaan sama turut berlaku di negeri lain termasuk Rajasthan dan New Delhi. 


Petugas Animal Aid Unlimited di bandar Udaipur, Rajasthan Raj Kishore berkata burung menghadapi banyak kesukaran, termasuk dehidrasi, menyebabkan banyak burung mati termasuk anak burung.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update