APMM Labuan tahan kapal tangki beroperasi tanpa lesen

Gambar APMM Labuan 

LABUAN—Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan menahan sebuah kapal tangki dikendalikan lima kru warga asing di kedudukan 14.1 batu nautika barat laut pulau berkenaan, semalam.


Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata kapal APMM yang sedang melakukan rondaan di perairan itu telah mengesan kapal tangki terbabit kira-kira 10 pagi.


Beliau berkata hasil pemeriksaan, terdapat tiga kru warga India dan dua Indonesia berusia 25 hingga 42 tahun berada di atas kapal yang beroperasi dengan Lesen Perkapalan Domestik (DSL) tamat tempoh.


Menurutnya dua kru warga Indonesia berusia 28 dan 42 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.


“Dua kru bersama kapal di bawa ke Jeti APMM di Patau-Patau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.