-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Anak Sarawak meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur

| Mei 17, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-17T13:19:46Z
Mendiang Stanley Jenggie Bili

KUALA LUMPUR—Seorang pesara tentera warga Sarawak yang berasal dari Sibu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur malam semalam.

Memetik hantaran Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS) di Facebook rasminya berkata, warga Sarawak tersebut dikenali sebagai Stanley Jenggie Bili, 56 tahun, telah meninggal dunia pada 16 Mei 2022 jam 7.02 malam. 

 
"Sebelum meninggal dunia, mendiang sebelum ini telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama sebulan akibat daripada penyakit Tuberkulosis atau batuk kering (TB).

"Jenazah mendiang akan dibawa pulang oleh pihak tentera ke Sibu untuk upacara pengkebumian dan penghormatan terakhir," katanya.

Jelasnya, mendiang adalah seorang pesara tentera.

"Oleh yang demikian pihak keluarga mendiang memerlukan sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan kos pulang lima anak serta isteri mendiang ke Sibu," ujarnya.

Untuk menyalurkan bantuan, katanya orang ramai boleh membuat transaksi ke akaun anak mendiang, Sylvestine Stanley Jenggie nombor akaun Maybank 164409622340 atau menghubunginya di talian 0183105326.

Dalam pada itu, bagi rekod pihak ABS, orang ramai boleh berkongsi resit sumbangan di ruangan komen di Facebook persatuan itu.

"Pihak ABS mewakili keluarga mendiang mengucapkan jutaan terima kasih di atas kemurahan hati anda semua," tambahnya.
×
Berita Terbaru Update