Yang Di-Pertuan Agong, Permaisuri selamat tiba di Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini bagi memulakan lawatan dua hari ke Sarawak. Gambar kredit Sarawakku

KUCHING—Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini bagi memulakan lawatan dua hari ke Sarawak.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua menggunakan pesawat khas kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi disambut kenamaan utama negeri diketuai Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua menggunakan pesawat khas kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi disambut kenamaan utama negeri diketuai Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud serta Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Gambar kredit Sarawakku

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, ketiga-tiga Timbalan Premier - Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian - serta barisan Kabinet negeri turut hadir bagi upacara sambutan ketibaan itu.

Pada sebelah petang ini, Seri Paduka berdua dijangka berkenan berangkat mengunjungi Bazar Ramadan Satok di sini sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Santapan Malam di Masjid Jamek Negeri di sini. Gambar kredit Sarawakku

Pada sebelah petang ini, Seri Paduka berdua dijangka berkenan berangkat mengunjungi Bazar Ramadan Satok di sini sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Santapan Malam di Masjid Jamek Negeri di sini.

Pada majlis itu nanti, Seri Paduka berdua akan berkenan menyampaikan kurniaan sumbangan kepada 30 penerima.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.