Warga emas maut kereta dirempuh pikap


MIRI-- Seorang pemandu warga emas maut selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang cuai ketika keluar simpang di Kampung Beraya KM29 Jalan Pesisir Pantai pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, insiden berkenaan dilaporkan berlaku sekitar jam 6.50 pagi.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Tony Ningkan Lamada, 68, disahkan meninggal dunia di Hospital Miri pada jam 10.29 pagi hari yang sama.


"Sebelum kejadian, kereta mangsa bergerak dari arah Bekenu menuju bandar raya Miri, dan sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Vivanya telah dirempuh kenderaan 4WD dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun yang keluar dari simpang tersebut tanpa menyedari kereta mangsa bergerak lurus," jelasnya.

Kesan perlanggaran tersebut menyebabkan kenderaan mangsa telah terbabas ke bahu jalan.


Manakala, pemandu 4WD dan seorang penumpanv wanita berusia 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca kerana kecuaian pemandu pacuan empat roda terbabit ketika keluar dari simpang Kampung Beraya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Next Post Previous Post