Tiada had penonton, kanak-kanak dibenarkan ke Stadium Negeri Sarawak

Sarawak United FC. kredit Sarawak United FC

KUCHING—Pihak pengurusan Sarawak United FC kini memutuskan tiada had kapasiti penonton ditetapkan yang hadir ke Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya.

Sarawak United FC menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini memaklumkan ini selari dengan keputusan kerajaan Sarawak berhubung fasa peralihan ke endemik yang berkuat kuasa 1 April lalu.

Bagaimanapun, penonton dinasihatkan untuk mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan memakai pelitup muka.

Selain tiada had kehadiran penonton ke stadium, Sarawak United FC memberitahu, penonton juga boleh makan dan minum semasa menyaksikan perlawanan.

"Kebenaran aktiviti makan dan minum di stadium dalam kalangan penonton, tiada had kapasiti kehadiran penonton," katanya.

Dalam pada itu, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun juga dibenarkan memasuki stadium dengan ditemani ibu bapa atau penjaga yang lengkap vaksinasi.

Tambahnya, tandas dan surau dibenarkan beroperasi sepanjang perlawanan dengan kawalan.
Next Post Previous Post