Suspek curi periuk ibu mengamuk

Suspek (tengah) diberkas pihak polis untuk tindakan lanjut.

MIRI--Seorang lelaki yang mengamuk selepas berang ditanya keberadaan periuk kukus oleh ibunya di Taman Piasau Jalan Piasau Edar di sini ditahan polis.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi tadi, suspek, 31, turut menggugut ibunya selain merosakkan merosakkan barangan di dalam rumah menggunakan sebuah kerusi kayu.

Sejurus dimaklumkan mengenai kejadian, sekitar jam 4 petang hari yang sama, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menahan suspek.

Kertas siasatn dibawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan telah dibuka.

Suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri.
Next Post Previous Post