SPRM tahan eksekutif muda, bukan CEO

Antara individu yang ditahan diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah pada 8 April lalu. Gambar kredit SPRM

KUALA LUMPUR— SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan sembilan individu sejak 8 April (Jumaat) lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan isu rasuah berhubung projek di Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB).

Siasatan ini merupakan hasil kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Petronas bagi membantu memperkukuhkan integriti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan.


Dalam pada itu, Suruhanjaya ini ingin menjelaskan bahawa seorang daripada sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan tersebut merupakan eksekutif muda (junior level executives) di PCSB dan bukannya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) seperti dakwaan segelintir pihak.

Manakala lapan lagi individu yang turut ditahan merupakan pemilik dan pegawai kanan syarikat-syarikat kontraktor serta vendor yang menjalankan projek berkaitan isu rasuah tersebut.
Next Post Previous Post