Sorok 105 kotak rokok dalam kontena

Sebanyak 105 kotak rokok seludup disembunyikan dalam kontena dirampas. Gambar kredit Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak

BINTULU— Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sarawak merampas 105 kotak rokok seludup bernilai RM790,500 dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah kontena di tepi Jalan Bintulu-Tatau awal pagi tadi.


Komander Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sarawak, ACP Zulfikar Mohd Ghazali berkata, operasi sekitar jam 4 pagi itu dijalankan oleh pasukan dari Unit Risikan Marin PPMW5 Bintulu.



"Pasukan operasi telah menunggu hampir dua jam namun tiada pemilik yang menuntut atau mengaku pemilik kontena tersebut.

“Pasukan operasi terpaksa memotong kunci pada bahagian pintu kontena tersebut. Hasil pemeriksaan telah menjumpai 105 kotak rokok yang dipercayai rokok tidak bercukai dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM790,500,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Zulfikar memberitahu, rampasan itu dibuat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

"Kesemua rokok dan kontena ditahan dan dibawa balik ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Bintulu untuk tindakan selanjutnya.

"Semua barang rampasan diserah kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.