Seleweng bahan api bersubsidi dari stesen minyak semakin menjadi-jadi

Gambar PPMW5

BINTULU: Ketika desakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) supaya menurunkan harga minyak semakin lantang, kumpulan penjenayah semakin terang-terangan mengangkut bahan api bersubsidi dari stesen minyak tanpa rasa takut.

Malam tadi, seorang lagi diberkas ketika sedang mengepam minyak ke dalam tangki lori yang boleh memuatkan hampir 1,000 liter.


Perbuatan seorang lelaki menyeleweng diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Tatau terbongkar apabila beliau dicekup semasa sedang mengisi 993 liter bahan bakar itu ke lori tangki rigid model Hino yang dipandunya.  


Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak, ACP Zulfikar Mohd Ghazali berkata, semasa ditangkap, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 37 tahun sedang asyik mengepam diesel terbabit sebelum anggota Unit Risikan Marin (URM) memperkenalkan diri dan menjalankan pemeriksaan ke atas beliau.

Beliau berkata, hasil semakan yang dijalankan mendapati suspek tidak memiliki kebenaran atau permit dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu untuk menyimpan atau membawa muatan diesel terbabit.


"Kesalahan ini sekaligus menyebabkan orang yang disyaki (OYDS) melanggar undang-undang dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1861 kerana memindahkan barang kawalan tanpa kebenaran," tegas Zulfikar.
Adalah difahamkan bahawa 993 liter diesel terbabit dianggarkan bernilai RM2,134.95

OYDS kemudiannya menurut beliau ditahan manakala lori beserta muatan diesel dalamnya turut dirampas dan dihantar ke Markas Operasi PPMW5 Bintulu untuk tindakan lanjut.
Next Post Previous Post