Rumah Sembelih Krokop Ditutup Berikutan Dikesan Virus African Swine Fever

Gambar: Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom

KUCHING: Rumah Sembelih Krokop ditutup pada Rabu lepas berikutan dikesan dikesan virus African Swine Fever di rumah sembelih berkenaan, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dalam kenyataannya hari ini.

"Arahan penutupan dikeluarkan mengikut Seksyen 25 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar sebagai langkah kawalan untuk menghalang perebakan penyakit tersebut terus menular," tegasnya.

Beliau berkata, antara tujuan penutupan premis ini juga bagi membolehkan kerjakerja pembersihan dan sanitasi dilakukan dengan efektif.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata, bagi menampung bekalan daging babi untuk memenuhi pasaran di Miri, Jabatan membenarkan pergerakan daging babi dari Sibu, Samarahan dan Kuching untuk dihantar ke Bahagian Miri.

"Bagaimanapun, pergerakan babi hidup ke Miri untuk penyembelihan diberhentikan buat sementara waktu sebagai langkah pencegahan serra keselamatan kesihatan umum," jelas beliau.

Secara amnya, bahagian terbaru di negeri ini yang diistiharkan sebagai ASF Disease Control Area adalah Bahagian Sri Aman dan Serian berikutan laporan media Indonesia mengenai wabak ASF di Kalimantan Barat.

Dalam masa katanya, babi kampung di Kampung Mapu Kijabu dan Kpg Daha Kisau di Bahagian Serian telah disahkan positif ASF oleh makmal Veterinar Sarawak.

Rundi sebagai menegaskan bahawa penternak babi diingatkan sekali lagi supaya memperketatkan biosekuriti ladang masing-masing untuk mengelak jangkitan ASF ini. 

"Pemberian sisa dapur yang mungkin dicemari ASF kepada babi harus dihentikan kerana terbukti banyak kes jangkitan melalui cara ini," ujar beliau.

Orang awam dalam pada itu dinasihatkan agar menghentikan aktiviti memburu babi hutan di kawasan berdekatan sempadan.

Ini kerna menurutnya, ASF merupakan penyakit yang sangat mudah merebak ( highly contagious ) dan hanya menyerang ternakan babi dan tidak zoonotik.

Pihak Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak sentiasa proaktif dalam kerja-kerja memantau penyakit ini dan membantu penternak yang terjejas. 

Rundi dalam pada itu memberikan jaminan bahawa bekalan daging babi adalah mencukupi untuk perayaan Gawai Dayak yang akan datang.
Next Post Previous Post