Remaja kantoi jadi ejen judi dalam talian

Remaja diberkas polis kerana terlibat sebagai ejen aktiviti judi dalam talian

BAU--Seorang remaja perempuan diberkas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan judi dalam talian di sebuah premis kedai makan tanpa nombor, Siniawan Villa, Jalan Bau-Kuching, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, suspek berusia 19 tahun itu ditangkap sekitar jam 2.15 petang semasa Op Dadu yang dijalankan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bau.

"Suspek ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan judi dalam talian di premis tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Remaja diberkas polis kerana terlibat sebagai ejen aktiviti judi dalam talian

Selain itu, Poge berkata polis turut seunit telefon pintar jenama Redmi warna putih, satu keping simkad dan sejumlah wang tunai.

Tambahnya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Tegasnya, tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jelasnya, jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM 50,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara.
Next Post Previous Post