Pekerja pelantar minyak nyaris maut, kereta dipandu terjunam ke dalam parit
Tangkap layar kereta yang dipandu mangsa dibawa naik ke darat |
BINTULU—Seorang lelaki yang bekerja di pelantar minyak nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam parit besar tepi jalan berhampiran kawasan lampu isyarat Taman Matahari di sini jam 5 pagi semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata dalam kenyataannya hari ini berkata, semasa kejadian, mangsa yang berusia 49 tahun itu sedang memandu kereta model Nissan Almera dari arah Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong menghala ke pusat bandar.
"Sampai di lampu isyarat Taman Matahari, kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kiri jalan lalu terjunam ke dalam parit besar tepi jalan," ujarnya.
Borneo Network difahamkan mangsa dapat keluar menyelamatkan diri kerana semasa kejadian, air parit masih lagi berada dalam keadaan cetek.
"Mangsa dalam pada itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami kecederaan ringan," tambah beliau.