KKM tak pernah memperaku produk, makanan boleh ganti ubatan

Gambar yang digunakan merupakan gambar yang telah diubahsuai dari gambar asal. 

KUALA LUMPUR-- Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah memperaku mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah.


Perkara itu dimaklumkan KKM menerusi kenyataan di laman Facebook hari ini bagi menjelaskan  tindakan sebuah laman Facebook Myspringshop-US yang cuba mengelirukan orang ramai dengan mendakwa penjualan produk teh mereka diiktiraf oleh kementerian berkenaan.

 
"Gambar yang digunakan merupakan gambar yang telah diubah suai daripada gambar asal," menurut kenyataan itu yang turut menyertakan gambar asal.


KKM juga menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya serta mahu pengusaha atau pemilik produk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

-- BERNAMA 
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.