Jenazah Sylvester selamat dikebumikan

Jenazah Sylvester Rabar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beganga, Trusan Lawas pagi tadi. Gambar kredit BBP Lawas

LAWAS—Jenazah Sylvester Rabar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Beganga, Trusan Lawas jam 11.40 pagi ini dalam suasana hiba.

Ketua Bomba Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim turut hadir memberi penghormatan. Gambar kredit BBP Lawas

Upacara pengebumian yang ringkas dalam suasana norma baharu itu selesai kira-kira jam 12 tengah hari, dengan dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan mendiang. 

Anggota Bomba dari BBP Lawas mengangkat jenazah untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Beganga, Trusan Lawas. Gambar kredit BBP Lawas

Ketua Bomba Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada keluarga mendiang.

Jenazah Sylvester Rabar diusung masuk ke dalam gereja untuk upacara sembahyang sebelum disemadikan. Gambar kredit BBP Lawas

Mendiang yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Johor terlibat kemalangan dan maut di tempat kejadian pada 28 Mac lepas kira-kira jam 7.13 malam.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.