Jenazah Sylvester Rabar selamat tiba di kampung halaman untuk dikebumikan

Suasana sedih menyambut ketibaan jenazah di kampung halamannya di Kampung Layung Sundar, Lawas malam tadi. Gambar kredit JBPM Zon Tujuh Limbang& BBP Lawas

LAWAS— Suasana sedih dan sayu menyelubungi perkarangan kediaman anggota bomba Sylvester Rabar apabila van Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sipitang yang membawa jenazah wira negara itu tiba di kampung halamannya kira-kira jam 8 malam tadi.

Jenazah Sylvester yang maut dalam kemalangan jalan raya di Johor dibawa dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah jam 4 petang selepas diterbangkan daripada Johor sebelum itu.

Sebahagian anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah wira negara itu tiba di kampung halamannya kira-kira jam 8 malam tadi. Gambar kredit JBPM Zon Tujuh Limbang& BBP Lawas

Ketua Bomba Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim berkata, anggotanya mengiringi jenazah dari Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Merapok sehingga ke Kampung Layung Sundar, Lawas yang jauhnya 55 kilometer.

“Jenazah tiba sempadan Merapok sekitar jam 7 malam dan sampai ke kampung halamannya sekitar jam 8 malam tadi dan urusan pengebumian akan dilakukan hari ini,” katanya kepada media hari ini.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas yang mengiringi jenazah dari Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Merapok sehingga ke Kampung Layung Sundar, Lawas yang jauhnya 55 kilometer. Gambar kredit JBPM Zon Tujuh Limbang& BBP Lawas

Mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Johor terlibat kemalangan dan maut di tempat kejadian pada 28 Mac lepas kira-kira jam 7.13 malam.

Jenazah Sylvester dibawa dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah jam 4 petang selepas diterbangkan daripada Johor sebelum itu. Gambar kredit JBPM Zon Tujuh Limbang& BBP Lawas
Next Post Previous Post