Gara-gara semut, lelaki belasah adik sampai masuk hospital


MIRI-- Gara-gara berang ditegur makanan dihurung semut, seorang lelaki bertindak memukul adik perempuannya di rumah mereka di Kampung Pujut Tanjong Batu pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi tadi, suspek bertindak memukul mangsa di bahagian kepala beberapa kali.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Pihak polis bertindak menangkap lelaki berusia 30 tahun itu selepas dimaklumkan kakak mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Next Post Previous Post