Covid-19 : MRSM Muar ditutup seminggu

Kredit gambar Johor Gazzete

JOHOR BAHRU, 10 April (Bernama) -- Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar diarahkan tutup selama tujuh hari bermula semalam (Sabtu) selepas 30 pelajar didapati positif COVID-19.

Notis perintah penutupan itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon yang mengesahkan perkara itu berkata daripada jumlah itu, 11 pelajar disahkan positif COVID-19 menerusi ujian saringan yang dilakukan pada hari ketiga mendaftar masuk ke asrama sejak Isnin lepas.

"Kemudian pada hari kelima, ujian saliva telah dilakukan ke atas semua pelajar dan hasil ujian mendapati 19 lagi pelajar positif COVID-19.

“Kuarantin ke atas semua pelajar yang positif telah dibuat di tempat yang ditetapkan malah pengasingan serta-merta juga telah dilakukan atas nasihat PKD Muar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Penutupan MRSM berkenaan juga disahkan Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu.

-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.