Bantuan bulanan JKM bagi Mei dibayar mulai 25 April

Gambar hiasan

PUTRAJAYA—Bayaran bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi  Mei 2022 akan dikreditkan kepada penerima mulai 25 April hingga 30 April, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Bayaran bantuan bulanan itu dipercepatkan sempena perayaan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Bayaran bantuan bagi Jun 2022 akan dikreditkan pada tarikh asal iaitu antara 1 Jun hingga 10 Jun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KPWKM berharap bayaran yang diawalkan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.