Suami pukul isteri akibat berang dituduh curang

Suspek (tengah) ditahan pihak polis awal pagi tadi untuk siasatan lanjut. Gambar kredit IPD Miri

MIRI-- Berang dituduh mempunyai hubungan dengan wanita lain menyebabkan seorang lelaki tergamak mencederakan isterinya di sebuah rumah di Piasau Utara malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 39 tahun mengalami kecederaan pada bahagian badan dan muka.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan si isteri mensyaki suaminya mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

"Sebaik sahaja pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)IPD Miri telah menahan suspek berusia 31 tahun itu di kediamannya di Piasau awal pagi Selasa (29 Mac) sekitar jam 1.30 pagi," ujar Hakemal.

Difahamkan, suspek tiba-tiba naik angin selepas ditanya oleh mangsa tentang hubungannya dengan wanita lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atau Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga iaitu mendatangkan cedera dalam rumah tangga.

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 kedua-duanya.
Next Post Previous Post