Pusat melombong bitcoin di Samarahan diserbu, seorang ditangkap


KOTA SAMARAHAN— Polis menyerbu sebuah premis di Kuching Outer Ring Road Uni Capital di sini yang menjalankan aktiviti perlombongan matawang cripto (bitcoin) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram berkata, serbuan itu sekitar jam 1.40 petang yang dijalankan pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Kota Samarahan bersama Sarawak Energy Bhd semasa OP Maining. 


"Pasukan serbuan terpaksa bertindak memotong mangga pintu sebelum memecah masuk ke dalam premis.

"Hasil daripada pemeriksaan lanjut mendapati penyambungan elektrik secara haram telah dilakukan daripada semua aliran pendawaian ke suis utama di bangunan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, polis juga telah menangkap seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang dipercayai mempunyai akses kepada premis tersebut untuk membantu siasatan.


Tegas Sudirman, dalam serbuan itu juga polis merampas 131 unit mesin melombong bitcoin, seunit monitor komputer, seunit CPU, seunit papan kekunci, seunit tetikus dan enam unit router. 

"Barang rampasan telah dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Jelasnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.
Next Post Previous Post