Miri, bandar raya pertama miliki trek 'velosolution pump', dijangka siap tahun ini


MIRI—Miri bakal menjadi bahagian pertama di negeri ini mempunyai kemudahan trek 'Velosolution Pump' apabila ia dijangka siap penghujung tahun 2022 dengan kos RM600,000.

Timbalan Menteri Pelancongan ,Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, permohonan untuk pembinaan trek tersebut telah dibuat pada tahun lepas (2021).

"Ia ini akan dilaksanakan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar atau Rural Transformation Project (RTP) kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Piasau," ujar Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Piasau.


Menurut Ting, pembinaan trek seumpama itu merupakan yang pertama di Sarawak.

"Kita jangka pembinaan akan bermula pada bulan Julai ini, proses pembinaan akan mengambil masa sekitar enam bulan," jelasnya.

Katanya, usaha membina kemudahan bersukan seumpama itu bagi mengalakkan lagi lebih ramai masyarakat di Bandaraya Miri bergiat secara aktif dalam aktiviti riadah dan rekreasi untuk kesejahteraan kesihatan.

Ting ditemui pada pagi Ahad selepas melakukan acara 'flag-off' peserta program perlumbaan basikal 'Mountain Trail Bike(MTB) anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) cawangan Piasau di Marina Park Miri.
Next Post Previous Post