Lebih 700 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

Kebakaran yang memusnahkan lebih 700 rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, Tawau. Gambar kredit Vitaminbae

TAWAU—Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Julius John Stephen berkata kejadian dipercayai bermula kira-kira 4.40 petang dan pihaknya menerima panggilan kecemasan lima minit selepas itu.

Beliau berkata lebih 40 pegawai dan anggota balai berkenaan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman.

"Pasukan bomba dari BBP Semporna turut digegaskan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran," katanya yang ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya kebakaran berjaya dikawal pada 9 malam namun setakat berita ini ditulis, pihak bomba masih melakukan kerja-kerja pemadaman api di kawasan kebakaran.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan,” katanya.

-- BERNAMA
Next Post Previous Post