Kes positif COVID-19 di Sarawak kekal empat angka, satu kematian


KUCHING—Sarawak hari ini merekodkan 1,333 kes positif baharu COVID-19 dengan satu kematian di Lawas, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jelas jawatankuasa itu, 1,327 kes merupakan kategori satu dan dua manakala enam kes di bawah kategori tiga, empat dan lima menjadikan jumlah kumulatif kes di Sarawak meningkat kepada 264,956.

"Kes kematian pula melibatkan wanita berusia 35 tahun yang mana jenazahnya dibawa ke Hospital Lawas dan disahkan dijangkiti COVID-19 pada 28 Februari 2022.

"Kes tidak mempunyai sejarah penyakit yang diketahui," tambah JPBNS dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut pecahan kategori mengikut klinikal, kategori satu (Tiada Gejala) 552 kes, kategori dua (Gejala Ringan) 775 kes, kategori tiga (Jangkitan Paru-paru) dua kes dan kategori lima (Jangkitan Paru-paru dan Memerlukan Ventilator) empat kes.

Katanya lagi, Kuching kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 548 kes diikuti Miri 198 kes, Sibu 184, Bintulu 76, Sarikei 44, Serian 43, Samarahan 34, Bau 29, Limbang 26, Mukah 20, Matu 17, Lawas 14, Betong 13, Sri Aman 10 dan Dalat 10.

Sementara daerah lain merekodkan kes bawah 10 kecuali Belaga, Selangau, Tanjung Manis, Telang Usan dan Beluru, tiada kes baharu.
Next Post Previous Post