Kapal Tangki Berlabuh Tanpa Kebenaran Ditahan APMM Miri

Gambar APMM Miri

MIRI: Sebuah kapal tangki yang berlabuh di luar batas pelabuhan tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada jarak 7 batu nautika dari barat daya Kuala Baram, malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Mohd Shafie Paing berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kapal terbabit pada jam 9.30 malam mendapati ianya berdaftar di Port Klang.

"8 kru kapal terbabit yang mana 7 daripadanya warga Myanmar berusia antara 22 hingga 53 tahun didapati didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dijalankan," jelas Mohd Shafie.


Perintah penahanan ke atas kesemua kru dan kapal tersebut telah dikeluarkan untuk tindakan dan siasatan lanjut. 

Kes ini katanya akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah dan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 kerana berlabuh tunggu tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia. 

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Next Post Previous Post