Gua Angin dan Taman Negara Similajau kini dibuka kepada orang ramai bermula hari ini

 


KUCHING: Selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan semula, pastinya rakyat sudah tidak sabar untuk pergi berlibur bersama keluarga ke segenap destinasi menarik di seluruh negara.

Antara destinasi menarik tentulah di Sarawak yang mempunyai pelbagai mutiara tersembunyi diliputi hutan hujan yang dipenuhi mergastua, kekayaan budaya dan makanan yang lazat.


Bagi pengunjung yang bosan melihat kesesakan dan hutan konkrit di bandaraya, meneroka beberapa permata tersembunyi di Sarawak adalah pilihan terbaik.

Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Gua Angin dan Taman Negara Similajau telah pun dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.


Sehubungan itu, semua pengunjung dijemput untuk merasai pengalaman sendiri melihat keindahan khazanah semulajadi yang terdapat di sana.

Sementara itu, semua pengunjung turut diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak ketika mengadakan lawatan di kedua-dua lokasi berkenaan.



Next Post Previous Post