Dato' Masir Kujat Keluar PSB

Gambar Dato' Masir Anak Kujat

KUCHING: Ahli Parlimen Sri Aman, Dato' Masir Kujat mengesahkan beliau keluar dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Masir dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini mengesahkan, keputusan ini dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan penyokong akar umbi di kawasan beliau.

"Saya keluar dari PSB berikutan beberapa faktor utama dan antaranya ialah ketidakstabilan politik di negara ini yang jelas menjejaskan ekonomi negara, pembangunan serta kesejahteraan rakyat," ujarnya.

Beliau dalam masa sama percaya, langkah terbaik untuk mara ialah mengenepikan hal politik pada masa sekarang gar dapat membantu dalam menstabilkan serta membina semula negara tercinta ini.

Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob katanya sedang melakukan segala yang perlu bagi membantu rakyat Malaysia mengharungi tempoh yang sukar ini.

"Justeru, saya perlu memainkan peranan saya dengan menyokong sepenuhnya kepimpinan Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yakoob.
Next Post Previous Post