Warga Emas Dikhuatiri Lemas Jatuh Sungai, SAR Disambung Esok

SIBU: Seorang warga emas lelaki dikhuatiri lemas jatuh di sungai Maaw, Paradom, di sini hari ini.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada Balai Polis Lanang jam 8 pagi tadi.


"Operasi mencari dan menyelamat (SAR)
mangsa, Sia Yik Heng, 63, bermula jam 9 pagi dengan radius pencarian dalam lingkungan lima kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

"Perahu milik mangsa telah dijumpai ditepi sungai. Setakat jam 5 petang ini mangsa masih belum dijumpai," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, operasi ditangguhkan dan akan disambung semula hari esok.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.