Pemandu treler maut, nahas tiga kenderaan


IPOH—Seorang pemandu treler membawa muatan dedak haiwan maut manakala tujuh individu cedera selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dan motosikal di Kilometer 34, Jalan Raya Timur Barat, di Tasek Banding, Gerik petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Nor Amin Mohamad Ismail, 37, dan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 4.42 petang.

"Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan melibatkan pelanggaran tiga kenderaan yang mengakibatkan pemandu treler tersepit.

"Kelindan treler hanya mengalami kecederaan dan lima mangsa yang menaiki kereta Proton Saga serta penunggang motosikal juga cedera," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Katanya pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk tindakan lanjut manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.