Sarawak catat 226 kes baharu
Gambar Kredit Ukas |
KUCHING—Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak terus merekodkan trend peningkatan dengan 226 kes dilaporkan hari ini berbanding 184 kes semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri berkenaan mencecah 253,626 kes.
Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi di Sarawak hari ini adalah Miri dengan 75 kes, diikuti Kuching (72) dan Sibu (31).
“Daripada jumlah kes positif hari ini hanya empat kes melibatkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen manakala baki 222 yang lain tiada gejala dan mempunyai gejala ringan,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Cancel
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.