Kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10


KUALA LUMPUR—Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan lima atau enam tahun maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 10 sebuah kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini. 


Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 8.20 pagi di pekarangan kuarters terbabit dan telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan ambulans Briged Tengah PGA. 

Beliau berkata kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di hospital tersebut. 

“Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anak anggota polis dikatakan tinggal seorang diri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian,” katanya kepada Bernama.

Mohd Zaid meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pengabaian terhadap anak di bawah umur bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

-- BERNAMA 
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.